Posts

tradisi kejiranan dalam masyarakat

TRADISI KEJIRANAN DALAM MASYARAKAT Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat  peribahasa bulat air kerna pembentung, bulat manusia kerna muafakat.  Sehubungan dengan itu, k ebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Banyak kempen dan  usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan dalam kalangan jiran kerana semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat. Sebenarnya semangat kejiranan dapat  memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat  di Malaysia  . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan  atau per...